recent posts

Facebook Messenger 4 Lebih Laju



Jika anda mengalami trauma apabila menggunakan FB Messenger, kini ketakutan anda bakal hilang selamanya kerana Facebook sedang merekabentuk semula tool tersebut. Dan kini ianya mula menemui pengguna secara berperingkat.

Kami telah membina banyak keupayaan dalam beberapa tahun tetapi ia tidak semudah aplikasi itu pada permulaan perjalanan kami," kata Stan Chudnovsky, VP of Messenger Facebook.

Jika anda biasa dengan tool ini, terdapat sembilan tab, ya! Sembilan tab. Dan secara jujurnya saya abaikan jer sebahagian dari butang-butang tersebut. Ini merupakan alasan terbesar Facebook untuk merekanya semula.
.
Daripada sembilan tab, kini ianya dikurangkan menjadi hanya tinggal tiga tab sahaja. Secara tak langsung ciri-ciri reka bentuknya seolah-olah anda menggunakan tool SNAPCHAT.
.
Tab "Chat" untuk anda menguruskan perbualan, tab "People" adalah halaman anda menyemak senarai contact dan tab "Discover" adalah halaman mencari bot pemesejan dan permainan segera.
.
Walaubagaimana pun, facebook tidak mengurangkan ciri-ciri aplikasi tool ini kerana menurut mereka, kini mereka mempunyai 300 juta pengguna yang sedang menggunakannya di seluruh dunia dan hanya mengubah ciri kamera yang telah dipindahkan ke bahagian atas aplikasinya.
Facebook Messenger 4 Lebih Laju Facebook Messenger 4 Lebih Laju Reviewed by Kanda Key on November 07, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.